Thursday, July 10, 2008

Jawab Latihan ini di ruangan 'Comment'.

Latihan B
Padankan antonim (kata berlawan) berwarna biru dengan perkataan-perkataan yang berhuruf tebal dalam ayat-ayat di bawah ini.

( pulangkan, dewasa, kampung, dahulu, gali )
  1. Pada zaman sekarang, sudah banyak kaum wanita yang memegang jawatan penting di negara kita jika dibandingkan pada zaman ________.
  2. Apabila saya __________ nanti, saya akan membalas jasa kedua-dua ibubapa yang mendidik saya sewaktu kanak-kanak.
  3. Semalam mereka telah ___________ lubang itu, tetapi hari ini lubang itu ditimbus semula.
  4. Semalam Nurul telah meminjam buku cerita saya dan saya dapati dia masih belum ___________ kepada saya.
  5. Suasana di _________ agak aman jika dibandingkan dengan suasana di bandar.

Jawab Latihan ini di ruangan 'Comment'.

Latihan A
Pilih antonim (kata berlawan) dalam kurungan dan padankan dengan perkataan yang berwarna biru di dalam ayat-ayat di bawah:

  1. Meskipun cuaca gelap dia masih memakai kaca mata. (gelita, terang)
  2. Kita mestilah sentiasa ingat akan larangan ustaz itu. (ajaran, suruhan)
  3. Adik Ahmad sering ketawa jika dia dimarahi oleh ibunya. (menangis, sedih)
  4. "Jika awak merasa kenyang, awak makan sajalah makanan ini", kata Siti kepada Lina. (dahaga, lapar)
  5. Pakaian Zai kering kerana hujan turun secara tiba-tiba apabila dia hendak pergi ke sekolah. (basah, cantik)

Perkataan Berlawan (Antonim)