Tuesday, July 15, 2008

Cakap Ajuk dan Cakap Pindah

  1. Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dengan tidak mengubah maksud asalnya.
  2. Dalam penuliaan, tanda petik ("...") digunakan untuk cakap ajuk.
  3. Cakap pindah ialah perbualan seseorang yang telah ditulis semula dengan menggunakan
    bahasa tanpa mengubah maksudnya.
  4. Tanda petik ("...") tidak digunakan dalam cakap pindah.

Contohnya:

Cakap ajuk: "Saya akan pergi ke Kuala Lumpur pada cuti akan datang", kata Siti.

Cakap pindah: Siti berkata bahawa dia akan pergi ke Kuala Lumpur pada cuti akan datang.

Cuba dengarkan dengan teliti dan tukarkan cakap ajuk ini kepada cakap pindah. Tuliskan jawapan awak dalam ruangan 'comments'

Nurul berkata:


Get a Voki now!



Cikgu Eren berkata kepada murid-muridnya:


Get a Voki now!



Syasya bertanya kepada Hamdi:

Get a Voki now!

Thursday, July 10, 2008

Jawab Latihan ini di ruangan 'Comment'.

Latihan B
Padankan antonim (kata berlawan) berwarna biru dengan perkataan-perkataan yang berhuruf tebal dalam ayat-ayat di bawah ini.

( pulangkan, dewasa, kampung, dahulu, gali )
  1. Pada zaman sekarang, sudah banyak kaum wanita yang memegang jawatan penting di negara kita jika dibandingkan pada zaman ________.
  2. Apabila saya __________ nanti, saya akan membalas jasa kedua-dua ibubapa yang mendidik saya sewaktu kanak-kanak.
  3. Semalam mereka telah ___________ lubang itu, tetapi hari ini lubang itu ditimbus semula.
  4. Semalam Nurul telah meminjam buku cerita saya dan saya dapati dia masih belum ___________ kepada saya.
  5. Suasana di _________ agak aman jika dibandingkan dengan suasana di bandar.

Jawab Latihan ini di ruangan 'Comment'.

Latihan A
Pilih antonim (kata berlawan) dalam kurungan dan padankan dengan perkataan yang berwarna biru di dalam ayat-ayat di bawah:

  1. Meskipun cuaca gelap dia masih memakai kaca mata. (gelita, terang)
  2. Kita mestilah sentiasa ingat akan larangan ustaz itu. (ajaran, suruhan)
  3. Adik Ahmad sering ketawa jika dia dimarahi oleh ibunya. (menangis, sedih)
  4. "Jika awak merasa kenyang, awak makan sajalah makanan ini", kata Siti kepada Lina. (dahaga, lapar)
  5. Pakaian Zai kering kerana hujan turun secara tiba-tiba apabila dia hendak pergi ke sekolah. (basah, cantik)

Perkataan Berlawan (Antonim)

Thursday, July 3, 2008